SELAMAT DATANG KE MOONLIT SANCTUARY

Taman hidupan liar Melbourne yang disanjung ini mengajak anda datang melawat dan melihat haiwan Australia yang menakjubkan dari dekat.

Hanya 50 minit dari pusat bandar raya Melbourne, Moonlit Sanctuary tempat yang ideal untuk mengetahui lebih lanjut tentang haiwan asli Australia, melalui penyampaian dan pertunjukan oleh para Penjaga kami setiap 30 minit.

Jangan lupa juga untuk berhenti di Koala Encounters bagi merakamkan gambar dengan haiwan pemakan kayu putih yang comel ini.

PADA WAKTU SIANG… Terokai padang belukar kami sambil memberi makan kanggaru dan walabi, membelai koala yang ramah dan menikmati pertemuan dengan burung-burung berwarna-warni, reptilia, dingo dan banyak haiwan lagi termasuk spesies terancam.

Lebih daripada 60 spesies haiwan Australia menanti anda di Moonlit Sanctuary.

PADA WAKTU MALAM… Moonlit Sanctuary dimeriahkan dengan jelajah lampu lantera yang terkenal di dunia.

Burung-burung malam sedang lincah, beberapa jenis haiwan glider meluncur di udara, dan haiwan terancam seperti quola, pademelon dan bettong mencari makanan di tanah.

Moonlit Sanctuary terletak di bahagian utara Semenanjung Mornington, dan dalam perjalanan melihat Penguin di Pulau Phillip.

Buka 10 pagi – 5 petang setiap hari kecuali hari Krismas

  • Kemasukan siang hari
  • Dewasa (18+)
  • Konsesi (Orang tua dan Pelajar)
  • Kanak-kanak (*4-17)

  • Keluarga (2 Dewasa, 2 Kanak-kanak – kanak-kanak tambahan $8 seorang)
  • Harga
  • $24.00
  • $21.00
  • $12.00
  • $64.00

Tiada tempahan diperlukan untuk kemasukan umum siang hari.